Status Tracking PosLaju

Tak faham dengan status PosLaju? Status hantaran barang PosLaju yang mengelirukan? Mari baca panduan ini. Panduan ini hanya untuk tracking yang keluar pada website tracking poslaju Https://www.poslaju.com.my/track-trace-v2/

Sangat ramai yang menggunakan khidmat PosLaju dan kefahaman untuk setiap status penghantaran adalah sangat penting bagi peniaga atas talina. Berikut diterangkan maksud status prosess yang tertera ketika anda track barang. Moga dapat jadi rujukan bersama.

 

#1 – Item Posted Over The Counter

Status ni akan keluar lepas anda hantar parcel di kaunter pos laju. Sebaik je pekerja kaunter scan slip pos laju anda, sistem tracking pos laju akan keluarkan status ni.

#2 – Item Dispatched Out

Parcel anda dah dimasukkan ke dalam van/ lori pos laju, Parcel anda dah keluar dari pos laju dan on the way dihantar ke Parcel Hub.

Parcel Hub ni adalah pusat pit-stop untuk process parcel. Boleh kata, ianya pusat untuk susun parcel sebelum dihantar ke negeri penerima.

#3 – Item Processed

Bila tiba di Parcel Hub, mereka akan proses parcel anda.

Masa di parcel hub, pihak pos laju akan bahagikan semua parcel mengikut negeri/poskod.

#4 – Consignment Dispatch Out From Transit Office

Parcel dihantar keluar dari pejabat transit. Tapi, belum sedia untuk dihantar ke penerima lagi.

Parcel akan dihantar ke pejabat poslaju yang terdekat dengan alamat rumah penerima.

#5 – Arrive At Delivery Facility At

Parcel dah sampai di pejabat pos laju yang terdekat dengan alamat rumah penerima.

#6 – Item Out For Delivery

Status ini bermaksud parcel dah dipungut dan siap sedia untuk dihantar ke alamat rumah penerima.

Bila dah keluar status ni, anda kena bersedia sebab bila-bila masa je posmen akan datang untuk hantar parcel. Sebab tu ada pelanggan yang lebih suka minta parcel mereka diposkan ke alamat pejabat.

Tapi jangan risau, walaupun tiada orang pickup parcel masa posmen datang, pihak pos laju akan simpan parcel anda di pejabat pos.

#7 – Item Can Be Collected At…

Kalau anda nampak status ni, maksudnya pihak pos laju dah hantar posmen mereka untuk hantar parcel anda. Cuma, masa posmen hantar tu, tak ada orang yang pickup jadi mereka akan return parcel ke pejabat pos semula.

Biasanya, posmen akan tinggalkan notis di peti surat penerima. Penerima Cuma perlu bawa notis ke pejabat pos untuk ambil parcel.

#8 – Item Delivered To (Nama)

Bila parcel dah dihantar, system tracking akan paparkan status ini beserta nama orang yang ambil parcel tu. Kalau ada pelanggan cakap mereka belum terima parcel, cuba anda check dalam tracking.

Kalau keluar status ni, maksudnya parcel memang dah dihantar dan di terima. Ianya bukan tanggungjawab anda lagi kalau pelanggan tak terima parcel.

Kadang-kadang, parcel tu dihantar ke pejabat tempat pelanggan bekerja. Staff tempat kerja pelanggan tu yang terima parcel.

Apa yang anda boleh buat adalah, berikan nama orang yang terima parcel tu pada pelanggan anda. Kemudian, minta mereka check dengan individu tersebut.

Semoga panduan ini dapat membantu anda memahami status penghantaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge