Polisi

Selepas dari perenggan ini, kata ganti HartanahMaya adalah merujuk kepada laman sesawang https://hartanahmaya.com manakala UsahawanMaya pula merupakan pemilik tunggal laman sesawang
https://hartanahmaya.com. Kata ganti Pelawat pula adalah merujuk kepada mereka yang datang/akses/melawat laman sesawang https://hartanahmaya.com sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara langsung atau tidak langsung, dengan rela atau dipaksa.

POLISI PENAFIAN dan KERAHSIAAN

HartanahMaya tidak sama sekali berkongsi maklumat peribadi pelawat dengan pihak ketiga. HartanahMaya juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan pelawat untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi laman sesawang melalui penggunaan cookies yang pelawat boleh mengnyahaktif dengan sendiri pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet pelawat. Pelawat adalah bersetuju untuk membenarkan HartanahMaya menggunakan dan menyimpan cookies ini jika pelawat tidak menyahaktifkan sendiri fungsi tersebut dari pelayar internet pelawat.

POLISI WARANTI dan RISIKO

Pelawat bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman sesawang ini atas tanggungjawab sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini adalah atas tanggungan pelawat sendiri. Pihak HartanahMaya sentiasa menyampaikan maklumat yang benar dan tepat dengan sebaiknya. Namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan adalah bukan disengajakan.

POLISI KOMEN

Semua komen yang ditulis oleh pelawat tidak melambangkan pendapat atau mewakili pihak HartanahMaya kecuali komen yang dikeluarkan oleh UsahawanMaya sahaja. Segala komen yang ditulis merupakan pendapat atau pandangan dan mewakili diri pelawat itu sendiri. Pihak HartanahMaya sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang mungkin melanggar peraturan dan undang-undang.

HartanahMaya juga berhak untuk mengolah atau memadam mana-mana komen yang ditulis di HartanahMaya jika dirasakan sesuai tanpa sebarang notis. Ini termasuklah:

  • Komen yang bersifat spam
  • Komen yang tidak senonoh
  • Komen yang menyentuh sensitiviti agama, kaum atau pelawat lain
  • Komen yang menyerang mana-mana individu atau organisasi
  • Komen yang cuba mencetus pergaduhan
  • Komen yang tidak ditulis dengan betul
  • Komen yang tidak difahami

POLISI HAKCIPTA

Semua hasil penulisan di laman sesawang HartanahMaya ini adalah hak milik HartanahMaya sepenuhnya sama ada maklumat melalui olahan mengikut kefahaman, atau pembelajaran dan iktibar yang diperolehi kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Pelawat perlu mendapat kebenaran daripada HartanahMaya sekiranya ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari HartanahMaya dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Pihak HartanahMaya akan sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain. Ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam HartanahMaya. Pihak HartanahMaya juga berhak mengubahsuai kandungan mengikut kesesuaian dengan kualiti yang ditetapkan. Sekiranya pelawat terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi HartanahMaya dengan menggunakan borang Hubungi Kami.

Polisi ini ditulis dan sah sejak 23 Julai 2015. Polisi ini akan diubahsuai dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian tanpa sebarang notis. Pelawat bertanggungjawab untuk merujuk halaman ini bagi mengetahui sebarang perubahan atau penambahan yang dibuat.