Pakej Telco yang Sesuai

BAGAIMANA MEMILIH TELCO YANG SESUAI

Setiap pengguna mempunyai keperluan yang berbeza. Keperluan yang berbeza ini menyebabkan wujudnya variasi pakej yang ditawarkan oleh beberapa Telco berbeza. Pengguna dapat bebas memilih pakej Telco bersesuaian dengan keperluan mereka. Berikut merupakan beberapa Telco yang ada di Malaysia:

  • Digi
  • Maxis
  • Celcom
  • Umobile
  • OneXOX
  • Tune Talk

Walau pakej Telco mana pun pengguna memilih kerana yang dirasakan sesuai dan berbaloi untuk memenuhi keperluan mereka, tetapi berani saya katakan sebenarnya pengguna(kita) langsung tak tahu mengenai Added Value yang ada dalam pakej telco yang dilanggan.

 

Jadi kita sebagai pengguna, haruslah memeriksa dulu setiap kelebihan dan memilih kriteria-kriteria yang ditawarkan berpandukan keperluan kita. Tambahan pula, setiap pakej yang telco tawarkan memang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Manakala kita sebagai pengguna pula sudah semestinya mahukan pakej telco yang murah tetapi mempunyai banyak kelebihan yang berbaloi.

Oleh itu, beberapa kaedah boleh dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti kesesuaian sesuatu pakej telco sebelum membuat keputusan untuk melanggan.

1. Kawasan Liputan

Perkara pertama yang perlu sebelum kita melanggan adalah memeriksa kawasan liputan telco tersebut sama ada merangkumi kawasan kediaman kita atau tidak. Kerap kali pengguna mengalami masalah seperti line tak stabil atau kawasan liputan tidak menyeluruh atau tidak meliputi semua tempat.

Jika anda malas atau kurang mempunyai masa, anda cuma perlu memastikan sama ada kawasan kediaman anda mempunyai liputan yang kuat atau tidak. Anda cuma perlu buka laman sesawang telco berkenaan. Kemudiannya cari bahagian pilihan Liputan (Coverage). Seterusnya masukkan alamat tempat tinggal anda. Sistem akan cari secara automatik lokasi alamat yang dimasukkan. Disitu anda boleh lihat sama ada kediaman anda mempunyai liputan atau tidak.

2. Kuota Data Bulanan

Pakej telco yang anda nak langgan tu mestilah mempunyai kuota data bulanan yang mencukupi untuk kegunaan anda. Kuota data ini sangat penting kerana setiap aplikasi didalam telefon pintar, yang digunakan setiap hari seperti Instagram, Facebook atau Youtube terutamanya menggunakan jumlah data yang agak besar jika dibandingkan dengan aplikasi lain.

Jumlah kuota data pakej sebulan yang diperlukan pula bergantung kepada jumlah penggunaan harian anda. Ada pengguna yang perlukan data sebulan lebih dari 40 GB tapi ada juga yang guna kurang dari 2 GB sebulan. 2GB? Untuk sehari pun tak cukup.

Tak menjadi masalah sekiranya anda nak guna pakej telco yang sedang anda langgan sekarang. Semuanya mengikut pilihan masing-masing. Memang tidak dinafikan, ada pelanggan yang setia dengan satu pakej telco sahaja. Bila kehabisan data, dia akan beli data tambahan. Pilihan masing-masing.

3. Caj Panggilan/Sms

Kalau boleh, cari pakej telco yang menawarkan caj panggilan dan sms percuma. Sekiranya anda seorang yang kerap melakukan panggilan dan juga sms terutama bagi businessman, anda diharuskan melanggan pakej telco yang memberikan kadar caj panggilan percuma ke semua rangkaian.

Sekarang dah banyak pakej telco yang memberikan tawaran sebegini. Boleh dikatakan hampir semua pakej telco terutamanya postpaid, menawarkan servis panggilan tanpa caj ke semua rangkaian. Boleh la bercakap lama tanpa sebarang kerisauan.

4. Tawaran Tambahan

Seterusnya, untuk memilih pakej telco yang terbaik untuk di langgani, kenal pasti setiap tawaran yang disediakan. Lagi banyak tawaran yang disediakan adalah lebih baik. Dalam erti kata lain, untuk pilih pakej telco tu, tengok kepada nilai yang disertakan bersama pakej tersebut. Contohnya tawaran data tanpa had, tawaran panggilan tanpa had, pemberian ganjaran setiap bulan, atau bermacam lagi.

Anda boleh dapat maklumat untuk mana-mana pakej telco dari Google. Bandingkan 2 atau 3 pakej dari telco yang berlainan. Cari pakej telco yang sesuai dengan cara penggunaan anda. Kemudian, nilaikan tawaran yang disediakan. Semakin banyak nilai(tawaran) yang disediakan, maka semakin untung kita bila melanggan pakej tersebut.

 

Di pendekan cerita, buatlah kajian terlebih dahulu mengenai setiap pakej-pakej yang di tawarkan oleh setiap telco. Bandingkan setiap pakej dengan yang lain dari segi harga, kawasan liputan dan kuota data yang disediakan. Kemudiannya lihat pula pada nilai tawaran tambahan yang disediakan seperti panggilan tanpa caj, ganjaran setiap bulan atau apa sahaja yang ditawarkan. Selepas memastikan setiap perkara berikut, pasti anda dapat memilih pakej telco yang benar-benar sesuai untuk anda disampai memperolehi ganjaran tambahan setiap bulan.

 

Sekian saja untuk kali ni. Semoga dapat membantu anda memilih pakej telco yang sesuai dan berbaloi-baloi !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge