Pakej Telco yang Jimat

Teknologi sekarang amat berbeza berbanding teknologi lepas. Pada mulanya cara berhubung dengan orang yang jauh adalah dengan kaedah surat menyurat. Dengan pembangunan teknologi, talian tetap telah menjadi kaedah utama. Teknologi telah berkembang dengan pesat.  Dengan kecanggihan teknologi, telefon mudah alih dan talian selular diperkenalkan. Ini merupakan titik permulaan evolusi sistem komunikasi selepas terciptanya telefon mudah alih yang pintar(smartphone) dan talian internet selular.

Era sekarang, telefon pintar dan internet selular merupakan satu keperluan. Aplikasi untuk telefon pintar yang sentiasa dibangunkan semakin bertambah. Aplikasi yang di pasang dalam telefon pintar memerlukan sambungan data internet untuk berfungsi. Jika banyak aplikasi yang dipasang dalam telefon, maka banyaklah data yang diperlukan.

Kini telefon pintar tidak terbatas kepada golongan remaja atau dewasa sahaja tetapi juga kanak – kanak. Kita sedia maklum, telefon pintar memerlukan talian selular dan data internet untuk berfungsi sepenuhnya. Persoalannya, talian selular mana yang boleh kita guna. Telco mana yang sesuai dengan kita. Pakej bagaimana yang berbaloi. Berapa RM sebulan yang boleh dikeluarkan. Berapa GB kuota data bulanan yang diperlukan. Banyak mana panggilan keluar yang akan dilakukan.

 

PAKEJ TELCO YANG JIMAT

Tuan Tanah juga menggunakan telefon pintar dan dalam kategori Heavy User. Bagi Tuan Tanah, pakej telco jimat yang berbaloi harus mempunyai 3 ciri dibawah:

  • KOMITMEN BULANAN RENDAH (< RM50). Tak pening kepala nak bayar pada akhir bulan.
  • KUOTA DATA INTERNET BESAR (> 50GB). Boleh guna internet tanpa risau dengan masalah kehabisan kuota.
  • PANGGILAN/SMS TANPA HAD ke SEMUA RANGKAIAN (percuma). Tiada lagi cas panggilan.

Memang BEST dan JIMAT kalau melanggan pakej Telco yang mempunyai 3 ciri diatas. Mengapa begitu?

 

 

1. KOMITMEN BULANAN RENDAH

Cas bulanan merupakan perkara utama ketika memilih pakej telco. Pakej telco yang jimat dengan komitmen bulanan rendah memang menarik minat kerana dapat menjimatkan kos perbelanjaan bulanan.

Tapi bagaimana nak tau yang Pakej Jimat yang ditawarkan tu adalah betul-betul jimat dan berbaloi?

  • PERTAMA: Lihat pada servis yang ditawarkan adakah berbaloi dengan nilai bulanan. Bila banyak kelebihan yang diberikan, maka semakin berbaloi untuk melanggan pakej jimat tersebut.
  • KEDUA: Adakah terdapat nilai tambahan setiap bulan seperti rebet bil atau ganjaran kupon.
  • KETIGA: Bandingkan beberapa pakej jimat daripada berlainan telco yang mempunyai komitmen bulanan hampir sama. Bandingkan setiap pakej berdasarkan servis dan tawaran yang disediakan.

Selepas 3 prosedur diatas, kita dapat melihat kelebihan dan kekurangan bagi setiap pakej. Selepas itu baru kita pilih Pakej Telco Jimat yang mempunyai nilai tertinggi pada kadar cas bulanan yang sama.

 

2. GANJARAN yang BANYAK 

Sudah semestinya kita suka jika menerima ganjaran pada setiap bulan. Pakej telco yang menjimatkan adalah pakej yang berikan banyak ganjaran kepada pengguna setiap bulan. Ganjaran ni adalah sebagai hadiah kerana melanggan Pakej Telco Jimat tersebut. Ganjaran yang diberikan boleh terdiri dari bermacam jenis perkara seperti:

  • Buy one free one di Tealive
  • Diskaun 50% untuk pembelian di Starbuck
  • Rebet bil bulanan
  • Dan sebagainya.

Ganjaran yang di berikan mungkin akan berbeza mengikut pakej jimat yang dilanggan atau pada bulan berapa ganjaran tersebut diberi. Ganjaran tersebut boleh di tebus di tempat tertentu mengikut jenis ganjaran yang diperoleh.

 

3. MANFAAT LANGGANAN

Pakej telco jimat yang dipilih seharusnya mempunyai manfaat pada kita. Sama ada manfaat untuk kehidupan seharian, atau manfaat pada  ekonomi kita. Pakej jimat yang mempunyai manfaat yang banyak barulah berbaloi untuk dilanggan.

 

Sebelum melanggan, berikut adalah tiga perkara yang selalu dititik beratkan.

● Komitmen bulanan

Perlu dipastikan komitmen bulanan yang akan kita keluarkan tidak membebankan perbelanjaan harian. Pakej yang mempunyai komitmen bulanan tinggi adalah sangat tidak sesuai walaupun mempunyai manfaat dan ganjaran yang banyak. Perlu kita ingat, pakej yang kita mahu adalah pakej telco yang jimat dan berbaloi. Jika pakej tersebut mempunyai komitmen bulanan yang tinggi, jadi mana jimatnya?

● Kadar cas panggilan dan sms.

Pakej telco yang jimat akan memberikan panggilan dan mesej PERCUMA ke SEMUA rangkaian. Servis panggilan dan mesej percuma ini amat sesuai untuk pengguna yang kerap membuat panggilan ataupun untuk kegunaan perniagaan. Memang di sarankan bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk melanggan pakej jimat yang memberikan servis panggilan percuma ke semua rangkaian.

● Kuota data bulanan banyak atau tanpa had.

Kuota data bulanan yang banyak adalah penting supaya anda tak perlu risau lagi sekiranya kuota sering habis atau tak cukup. Bagi mereka yang termasuk dalam kategori Heavy User, disarankan untuk melanggan pakej yang menyediakan kuota data bulanan tanpa had.

 

Kesimpulannya, pakej telco jimat yang terbaik merupakan pakej yang menyediakan paling banyak manfaat dan kelebihan kepada pelanggan. Memang diakui bahawa setiap pakej mempunyai kekurangan tersendiri. Jadi pilih la pakej telco jimat yang mempunyai manfaat serta kelebihan yang berguna untuk kita.

 

Selamat memilih. Semoga anda jumpa dengan pakej telco jimat yang sesuai untuk kegunaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge