Kenapa Perniagaan Internet

Perniagaan Internet telah wujud sejak tahun 1995 walaupun tidak secara meluas. Pada zaman itu sambungan internet hanya dirumah. Berbeza dengan masa sekarang yang mana hampir setiap orang memiliki telefon pintar dan internet sendiri. Sekarang internet merupakan gaya hidup seharian. Internet menjadi tempat carian maklumat. Internet juga menjadi tempat membeli belah seperti di laman Amazon.Com atau Ebay.Com. 

Ifran Khairi juga menegaskan didalam blog beliau bahawa tahun 2018/2019 ini merupakan waktu terbaik untuk memulakan Perniagaan Internet kita sendiri.

 

Disini di senaraikan beberapa alasan mengapa anda perlu menceburi perniagaan internet .

1. Kos yang Rendah

Ini yang paling penting! Untuk mula berniaga, pasti memerlukan kos. Tapi kos untuk memulakan perniagaan internet adalah sangat rendah. Antara kos wajib yang diperlukan untuk memulakan perniagaan internet.

  • sambungan internet – nak berniaga internet kena ada internet.
  • komputer/laptop/smartphone – alat yang akan digunakan untuk menyediakan dan menjalaknkan perniagaan internet.
  • laman web(tambahan) – jika anda berhajat mempunyai laman web sendiri

2. Bila-bila Masa

Maksud sentiasa ada ini adalah perniagaan anda sentiasa berjalan. Contohnya anda berniaga di shopee atau lelong. Laman web ini akan sentiasa ‘buka’ kepada pelanggan. Bila-bila masa sahaja pelanggan boleh membuat pembelian.

3. Terbuka

Persaingan adalah sama dengan semua peniaga internet yang lain. Walaupun anda cuma berurusan dari bilik tidur sekalipun. Bila pelanggan minat dengan apa yang anda niagakan, pembeli akan membayar.

4. Fleksibel

Anda boleh berniaga internet tanpa berhenti kerja. Segala urusan perniagaan internet boleh dibuat selepas waktu kerja atau pada hari cuti. Memang mustahil jika anda membuka perniagaan konvensional.

5. Peluang untuk Percubaan

Ini adalah satu kelebihan yang ada pada perniagaan internet. Anda boleh cuba niagakan 1 benda terlebih dahulu untuk mendapatkan ilmu dan kaedah. Perniagaan konvensional tidak dapat kelebihan seperti ini.

 

Jom Mula Berniaga di Internet

Khas untuk mereka yang berminat untuk menjadi usahawan, anda boleh mencuba perniagaan internet. Anda tidak perlu meninggalkan kerja makan gaji anda. Mulakan dahulu perniagaan internet secara sambilan.

ps: Tuan Tanah juga merupakan seorang pekerja makan gaji dan mempunyai Empayar Perniagaan Internet sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge