Cara Mendapatkan Follower

Sebuah syarikat SEO besar mengatakan:

  1. Pada tahun 2016, Follower social media yang ramai adalah DUIT.
  2. Pada tahun 2018 pula katanya pula follower media sosial merupakan The Next Oil.

Ini menunjukkan betapa besarnya potensi bila memiliki Follower yang ramai. Persoalannya, bagaimana nak mempunyai follower yang ramai dan berkualiti?

Cara dapatkan follower

 

Sebenarnya cara untuk membina follower yang besar dan berkualiti adalah dengan menulis content yang bermanfaat di media sosial dan blog/website.

Penulisan kita di blog atau sosial media perlu jujur dan telus. Gunakan bahasa sendiri yang selesa untuk dibaca oleh pengikut anda. Penulisan yang berjaya akan memberi 3 rasa berikut kepada pembaca:

  1. Kepercayaan kepada penulis.
  2. Keselesaan kepada pembaca.
  3. Kesetiaan daripada pembaca.

Apabila kita dapat memberikan 3 rasa tersebut dalam penulisan kita, inshaAllah follower kita akan sentiasa bertambah.

 

Persoalannya pula, bagaimana untuk menghasilan penulisan yang ada 3 rasa tersebut? Jom kongsi diruang komen bagaimana cara anda menulis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge