Kita boleh sekilas pandang bagaimana kuasa blogging boleh digunakan untuk membuat urusniaga wang yang amat luas di internet. Sekarang mari kita lihat aspek-aspek ini secara terperinci.

Pertama, mengapa blogging sangat popular?

Ini adalah kerana blog mudah dibina dan tidak perlu bersusah payah untuk membina blog. Semua sumber yang diperlukan telah ada didalam internet. Contohnya jika anda memiliki akaun google, anda boleh memiliki blog melalui blogger.com dan jika anda tidak miliki akaun google, anda boleh membuat dengan mudah.

Blogger.com menyediakan interface yang mudah untuk anda fahami. Anda boleh membina blog anda dengan mudah dan pantas. Cuma perlu mengikut arahan yang dipamer dan anda pasti berjaya.

Jika anda mencari kelainan dan kepelbagainan pula, anda boleh menggunakan WordPress.Org. Blog wordpress ini ramai yang guna untuk mencari kelainan serta keunikan. WordPress sangat terbuka kepada optimasi dan pengubahan. Penggunaan wordpress lebih sukar dari segi pemasangan berbanding blogger tetapi ianya bukanlah satu yang tidak mampu ditangani.

Untuk membuat duit melalui blog yang bersubjekkan minat, berikut merupakan 5 tip yang mesti diikuti:

1. Mengikut naluri tentang aps yang hendsk diblogkan. Jangan gunsksn kata basi. Tulis topik yang anda rasa berpengaruh dan anda pasti akan mendapat respon yang menggalakkan.

2. Sentiasa pilih topik yang selalu dipersoalkan atau yang menimbulkan kontroversi. Ini membantu lebih ramai akan komen tentang apa yang ditulis diblog. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan jumlah klik. Enjin carian suka pada blog yang aktif dan banyak respon.

3. Terus mengemaskini blog anda. Pastikan anda membuat 2-4 posting setiap minggu.

4. Gunakan kaedah RSS feed supaya pengunjung anda dapat tahu setiap kali ada artikel baru diblog anda. Mereka akan melawat secara automatik jika mengetahuinya.

5. Sentiasa melawat blog-blog lainyang sama tajuk(kategori) dengan blog anda dan tinggalkan jejak anda. Ini dapat membawa lebih ramai pengunjung ke blog anda seraya menaikkan prospek.

Jom Kongsi

Kongsi bersama rakan anda !!!